Social Icons

Pages

Wednesday, June 30, 2010

MENYAMBUT KETIBAAN BULAN-BULAN MULIA DENGAN MEMPERBANYAKKAN IBADAH SUNAT

Allah ta’ala Berfirman dalam Al-Quran surah Al-Israa’ , ayat:19 yang bermaksud : “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedangkan dia adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan kebaikan”.
Betapa agungnya kalammu wahai rasulullah “Apakah aku tidak suka menjadi hamba Allah yang bersyukur..” . Suatu hari nabi masuk ke bilik Aisyah lantas berbaring di atas tempat tidur sambil merapatkan tubuh Baginda dengan tubuh Aisyah, tidak lama kemudian Nabi berkata kepadanya:“Biarkan Aku seketika untuk Aku beribadah kepada Tuhanku..” lalu nabi bangun dan mengambil wudu’ seterusnya melakukan sembahyang, sewaktu solat baginda menangis dan terus menangis sehingga basah janggutnya, kemudian ruku’ lalu menangis lagi, kemudian sujud sedang beliau masih juga menangis sehinggakan membasahi tanah tempat baginda sujud, tidak lama sesudah itu Aisyah menanya Nabi “Kenapa sampai begini sekali Ya Rasulullah..? sedangkan Allah telah mengampunkan segala dosa-dosamu samaada yang sudah lepas mahupun yang akan datang..!?” lantas Rasulullah menjawab : “Apakah aku tidah suka menjadi hamba Allah yang bersyukur”.
Segeralah..! segeralah kita wahai saudara sesama islam mengikut jejak langkah nabi besar Muhammad sallallahu alaihi wasallam dengan melakukan sebanyak-banyaknya ketaatan kepada Allah samaada yang wajib mahupun yang sunat, sedarlah bahawa kita sekarang ini sedang berada dalam bulan yang berkat iaitu bulan rejab, bulan Aminah binti wahab selaku ibu kepada nabi kita mula mengandungkan baginda iaitu pada malam jumaat , awal bulan rejab, pada bulan tersebut juga berlaku peristiwa mukjizat yang begitu hebat kepada Rasulullah iaitu peristiwa israa’ dan mikraj.
Jesteru, bulan rejab termasuk dalam kategori bulan barokah, kemudian sesudah itu disusuli oleh bulan yang barokah juga iaitu bulan sya’ban yang padanya terdapat satu malam yang agung dikenali dengan malam nisfu sya’ban, kemudian selepas itu menyusul pula bulan yang dinanti-nantikan , bulan sebaik-baik bulan pada keseluruhannya iaitu bulan ramadhan.
Ketiga-tiga bulan ini merupakan bulan yang paling afdhol dan yang paling agung kedudukannya dengan kelebihan masing-masing berbanding dengan bulan-bulan yang lain, oleh itu terimalah kehadiran bulan-bulan ini dengan mentaati Allah, lakukanlah amal ibadah sebanyak-banyaknya untuk bekalan sesudah mati, lakukanlah amalan dunia sekadar mencukupi untuk hidup di alam sementara dan lakukanlah amalan akhirat dengan kadar keperluan untuk kamu hidup kekal disana , Allah amat mengasihi hambanya , Dia membalas amalan yang sedikit dengan ganjaran yang berganda.., janganlah kita sibuk dengan kenikmatan sehingga kita lupa siapa yang memberinya, penuhilah masa kita dengan perkara manfaat lagi berfaedah kerana masa teruang itu jika tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya maka akan terisilah dengan perkara yang tidak patut.
Hayatilah sabda nabi sallallahualaihi wasallam yang bermaksud: “Orang mukmin itu tidak akan merasa kenyang daripada melakukan kebaikan sehinggalah akhirnya dia memperolehi syurga..”

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

MENYINGKAP RAHSIA ALAM DI SEBALIK PERISTIWA ISRAA' DAN MI'RAJ

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Israk, ayat 1 yang bermaksud:
“Maha Suci (Allah) yang memperjalankan hambaNya pada waktu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkannya tanda-tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Dialah (Tuhan) Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

Kalimah “al-Subhu” dalam bahasa Arab beerti “al-tabaa‘ud” iaitu yang jauh. Makna Subhanallah pula ialah Maha Suci Allah iaitu Allah amat jauh dari persamaan dengan makhluk dari sebarang aspek, dari sebarang bentuk.

Israa’ pula beerti perjalanan pada waktu malam, maka peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada sebahagian malam sahaja.

Masjid al-Haram dinamakan sedemikian kerana kehormatan dan hukum-hakamnya yang tersendiri antaranya:
i:berlipat kali ganda pahala solat padanya,
ii:kewujudannya di Mekah, yang merupakan semulia-mulia tempat di muka bumi,
iii:pengharaman memburu hidupan darat di tanah haram.

Masjid al-Aqsa pula dinamakan demikian kerana ianya terletak jauh dari Masjid al-Haram. Kedua-dua masjid ini merupakan binaan yang dibina oleh Nabi Adam Alaihis Salam. Baginda pada awalnya telah membina Kaabah di Mekah, selepas 40 tahun barulah baginda membina pula Masjid al-Aqsa di Palestin.

Allah Taala telah menamakan “Masjid” al-Aqsa menunjukkan bahawa ianya merupakan tempat untuk umat islam beribadat kepada Allah Yang Esa dengan bersolat di dalamnya, di mana umat islam merupakan gelaran bagi pengikut setiap anbiyak, bukan terhad kepada umat Nabi Muhammad sahaja.
Telah nyata dalam sebuah hadis sahih bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah bersabda:
“Ya Allah! Berkatilah kami di Bumi Syam kami dan Yaman kami. Mereka berkata: Pada Najd kami wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Di sana gempa bumi dan fitnah, di sana akan muncul tanduk syaitan”.
(Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan bahawa bumi Syam penuh keberkatan dan Palestin yang terdapat di dalamnya Masjid al-Aqsa terletak di Bumi Syam.

Allah Taala telah mengutuskan para anbiyak membawa rahmat bagi manusia kerana akal tidak mampu secara bersendirian mengetahui sesuatu yang akan menyelamatkannya di akhirat kelak. Maka inilah yang dikatakan kurniaan Allah kepada manusia. Sesungguhnya Allah telah membekalkan kepada para nabi-nabiNya dengan mukjizat yang nyata sebagai dalil bahawa mereka benar-benar utusan Allah.

Mukjizat merupakan sesuatu yang luar biasa, muncul bagi orang yang mengaku sebagai nabi, ianya bertepatan dengan dakwaan mereka, selamat dari persaingan seumpamanya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam merupakan Nabi yang diberikan mukjizat yang paling agung. Ibnu Abi Hatim telah menukilkan dalam kitab beliau “Manaqib al-Syafie” dari bapanya, dari Amru Bin Sawad dari Imam al-Syafii, beliau telah berkata:

“Tidaklah Allah memberikan sesuatu (mukjizat kepada anbiya’) yang tidak diberikan kepada Muhammad. Maka aku berkata (iaitu Amru): (Allah) telah berikan Isa (mukjizat) menghidupkan orang mati. Beliau berkata: Diberikan Muhammad rintihan tunggul kurma (hanin al-jiz’ei’) sehinggakan didengari suaranya, maka ini lebih hebat dari yang demikian”.

Imam al-Syafii berkata demikian kerana menghidupkan orang mati yang asalnya hidup tidaklah luar biasa sangat dibandingkan sepohon pokok yang memang tidak hidup seperti manusia, tidak berkata-kata apatah lagi menangis sehingga orang ramai dapat mendengar rintihannya.

Peristiwa rengekan atau rintihan tunggul kurma ini kerana amat rindukan Rasulullah tergolong dalam hadis mutawatir yang merupakan mukjizat yang paling ajaib.

Sesungguhnya telah berkata sebahagian pujangga yang memuji Nabi:

“Sekiranya Musa telah memberi minum al-asbad dari batu,Maka sesungguhnya dari telapak tangan ada pengertian yang tiada pada batu,Sekiranya Isa menyembuhkan si buta dengan doanya,Maka lebih lagi dengan telapak tangannya telah mengembalikan penglihatan”.

Pujian yang dilontarkan oleh sebahagian pujangga mengenai mukjizat Nabi Muhammad ini ialah mukjizat Nabi Musa yang hebat dapat mengeluarkan air dari batu untuk minuman kaum baginda, maka mukjizat Nabi Muhammad lebih lagi kerana air keluar dari celah-celah jari baginda. Akal akan mengatakan amat mustahil air keluar dari daging dan tulang berbanding keluar dari batu. Begitu juga mencelikkan orang buta dengan izin Allah iaitu mukjizat Nabi Isa tidak terlalu luar biasa jika dibandingkan dengan mukjizat Nabi Muhammad yang mengembalikan mata seorang sahabat iaitu Qatadah Bin al-Nu’man, yang terkeluar hampir tercabut ketika peperangan Badar. Baginda hanya meletakkan kembali mata tersebut ke tempat asalnya, sehinggakan selepas kejadian itu sahabat tersebut tidak pasti mata yang mana satukah ditimpa musibah tersebut. Oleh yang demikian, antara mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam ialah Peristiwa Israa’ dn Mikraj.

ISRAA’
Mukjizat Israk benar-benar berlaku dan jelas berdasarkan nas al-Quran dan Hadis yang sahih. Oleh itu wajiblah beriman bahawa Allah telah memperjalankan (Israa’) Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam pada sebahagian waktu malam dari Mekah al-Mukarramah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.

Sesungguhnya telah bersepakat golongan yang hak dari kalangan salaf begitu juga khalaf yang terdiri di kalangan ulama’ hadis, tauhid, tafsir dan fekah bahawa peristiwa Israa’ berlaku bagi Nabi dengan tubuh badan beserta ruh sekali dalam keadaan sedar, inilah pandangan yang sebetulnya. Pendapat ini merupakan pendapat Ibnu Abbas, Jabir, Anas, Umar, Huzaifah dan lain-lain lagi di kalangan para sahabat. Ianya merupakan juga pendapat Imam Ahmad, al-Tabari dan ulama yang lain.

Berdasarkan demikian, tidak ada perselisihan berlaku berkenaan peristiwa Israk kerana ada nas al-Quran mengenainya. Oleh itulah ulama’ mengatakan:

“Barang sesiapa mengingkari peristiwa Israk, sesungguhnya dia telah membohongi al-Quran dan sesiapa yang membohongi al-Quran hukumnya kafir”.

Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan dari Syaddad Bin Aus, beliau telah berkata: Kami telah berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah kamu diisraa’kan? Baginda bersabda:

“Aku telah tunaikan solat al-a’tamah (Isyak) bersama sahabat-sahabatku di Mekah, lalu Jibril Alaihissalam mendatangiku dengan satu binatang yang putih, besar dari kaldai, kecil dari baghal, lalu dia (Jibril) berkata: Tungganglah! (Kata Nabi) Maka aku merasa sukar. Maka (Jibril) memusingkan dengan memegang telinganya kemudian mengangkatku ke atasnya.

Maka binatang itu pun bertolak di mana langkahnya sejauh mata memandang sehingga kami sampai suatu tempat yang terdapat pohon kurma, maka diturunkan aku. Lalu Jibril berkata: Solatlah! Maka aku pun tunaikan solat. Kemudian kami tunggangi semula, lalu Jibril menyoalku. Adakah kamu tahu di manakah kamu solat tadi?Aku berkata; Allah yang lebih mengetahui. Jibril berkata: Kamu solat di Yastrib, kamu solat di Taibah.

Selepas itu binatang tadi bertolak membawa kami langkahnya sejauh mata memandang, sampailah di satu tempat lalu Jibril berkata:Turun! Maka aku pun turun. Kemudian dia berkata: Solatlah! Maka aku pun tunaikan solat Kemudian kami tunggangi semula lalu Jibril menyoalku. Adakah kamu tahu di manakah kamu solat tadi? Kamu solat di Thur Sinak di mana Allah berkata dengan Nabi Musa Alaihis Salam.

Kemudian binatang tadi bertolak semula membawa kami, langkahnya sejauh mata memandang. Kami sampai suatu tempat, nampak di sana istana-istana. Maka Jibril berkata: Turun! Maka aku pun turun. Kemudian dia berkata: Solatlah! Maka aku pun tunaikan solat. Kemudian kami tunggangi semula.(JIbril) berkata: Kamu tahu di mana kamu solat tadi? Aku berkata: Allah yang lebih mengetahui. (Jibril) berkata: Kamu solat di Bait Laham di mana Isa Alaihis Salam al-Masih Ibnu Maryam dilahirkan. Kemudian bertolak lagi sehingga akhir sekali sampai di masjid al-aqsa.

Antara perkara ajaib yang diperlihatkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dalam peristiwa Israk ialah:
1: Dunia.

Rasulullah melihat dalam perjalanan baginda ke Baitul Maqdis dunia dalam bentuk seorang perempuan tua.

2: Iblis.
Baginda melihat sesuatu menyerunya dan dia ialah Iblis yang merupakan golongan jin yang beriman pada mulanya, kemudian kafir kepada Allah kerana menentang Allah. Allah telah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Kahfi ayat 50 yang bermaksud:

“Dan ketika kami memerintahkan kepada para malaikat agar sujud kepada Adam maka merekapun sujudlah kecuali Iblis. Adalah dia dikalangan jin maka telah menderhakai perintah tuhannya”.

Dilarang seseorang mengatakan Iblis merupakan ketua para malaikat kerana dia bukanlah malaikat. Dalil yang jelas berkenaan perkara ini ialah Allah Taala berfirman dalam Surah al-Kahfi ayat 50 yang bermaksud:

“Kecuali Iblis , adalah dia dari golongan jin”.

Dalam sebuah hadis pula, Rasulullah telah bersabda yang mafhumnya:

“Telah dijadikan malaikat dari cahaya dan dijadikan jin dari api yang membara”.

Melalui dua dalil di atas nayatalah bahawa iblis sebenarnya dari golongan jin bukannya malaikat.

3: Masyitah Binti Firaun.

Kemudian Nabi tercium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah Binti Firaun. Beliau merupakan seorang perempuan yang beriman lagi solehah.. Diceritakan bahawa ketika beliau menyisir rambut anak permpuan Firaun terjatuhlah sikat dari tangannya lalu beliau menyebut “Bismillah”. Lantas bertanyalah anak perempuan Firaun tadi: “ Adakah kamu ada Tuhan yang lain selain bapaku?”. Masyitah pun menjawab:“Ya! Tuhanku dan Tuhan bapamu ialah Allah”. Tanpa berlengah lagi, anak perempuan Firaun mengadu kepada bapanya dan Masyitah disuruh meninggalkan agama Islam dan masuk kembali ke agama asal, maka beliau enggan. Lalu Firaun menyediakan air yang amat panas untuk memasukkan Masyitah beserta anaknya yang masih menyusu ke dalam air tersebut. Sebelum anaknya dilempar, anak tersebut berkata-kata dengan izin Allah kepada Masyitah:
“Wahai ibuku! Bersabarlah. Sesungguhnya azab Allah di akhirat amat pedih dari azab di dunia. Maka janganlah dikau berdukacita kerana engkau di jalan yang benar”. Masyitah pun berkata kepada Firaun: “Aku minta kepadamu sesuatu. Hendaklah engkau himpunkan tulang temulangku dan tanamlah ia”. Firaun menjawab: “Baiklah”, lantas beliau dilontarkan kedalam air tersebut. Meninggallah Masyitah sebagai syahid beserta anaknya.

4: Pejuang di jalan Allah.

Nabi melihat satu kaum bercucuk tanam dan menuai hasilnya dalam masa dua hari sahaja, lantas baginda bertanya kepada Jibril lalu dijawab: “ Mereka ialah pejuang yang berjuang pada jalan Allah”.

Berjihad pada jalan Allah ada dua bahagian:

i) berjihad dengan pedang iaitu berperang ( jihad bissinan),
ii) berjihad dengan keterangan ( jihad bilbayan). Jihad ini pahalanya seperti orang yang berjuang dengan pedang.

Pada hari ini, barang sesiapa yang menyuruh kepada yang makruf dan melarang dari yang mungkar dengan bersungguh-sungguh maka dia merupakan pejuang (mujahid) pada jalan Allah. Mujahid pada jalan Allah akan mendapat darjat yang agung di sisi Allah di akhirat nanti. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah bersabda:

“Barang sesiapa yang menghidupkan sunnahku ketika musnahnya umatku maka baginya pahala orang yang syahid”.

Apa yang dimaksudkan dengan sunnah dalam hadis ini ialah SYARIAT yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan bukannya sesuatu amalan yang bukan fardhu seperti solat sunat dan sebagainya yang ditakrifkan dengan “melakukannya beroleh pahala dan meninggalkannya tidak berdosa”.
5: Pemidato-pemidato yang membawa fitnah.

Rasul telah melihat segolongan manusia yang memotong lidah-lidah mereka serta bibir-bibir mereka dengan gunting-gunting dari api neraka. Rasulullah menanyakan kepada Jibril perihal golongan tersebut lalu dijawab: “Merekalah pemidato-pemidato yang membawa fitnah”, iaitu mereka berpidato pada perkara kejahatan dan fitnah dengan menyeru manusia kepada kesesatan, kemusnahan, penipuan dan khianat.

6: Golongan yang bercakap perkataan keji.

Rasul melihat seekor seladang keluar dari lubang yang sempit kemudian hendak kembali memasukinya, maka tidak boleh. Lalu berkata Jibril kepada Rasulullah: “Inilah golongan yang bercakap dengan perkataan batil yang m,engandungi kemudaratan kepada manusia serta fitnah, kemudian hendak merujuk kembali maka tidak boleh”.


7: Orang yang meninggalkan solat.

Rasul telah melihat suatu kaum memecahkan kepala mereka sendiri kemudian ia kembali sedia kala. Jibril berkata: “Merekalah yang memberat-beratkan kepala mereka dari menunaikan solat”.

8: Penzina.

Rasul telah melihat suatu kaum berlumba-lumba mendekati daging yang busuk lagi kotor dan meninggalkan daging yang baik lagi elok. Lalu Jibril pun berkata:
“Merekalah golongan dari kalangan umatmu yang meninggalkan yang halal tidak dimakan dan mendekati yang haram lagi kotor lalu memakannya, mereka ialah penzina”.

9: Peminum arak.

Rasul telah melihat segolongan manusia meminum dari air nanah yang kotor yang keluar dari penzina. Maka Jibril pun berkata: “Mereka itulah peminum-peminum arak yang haram di dunia”.

10: Golongan yang mengumpat.
Rasul melihat suatu kaum mencakar wajah-wajah mereka serta dada mereka dengan kuku-kuku dari suasa. Jibril berkata: “Merekalah golongan yang sering mengumpat sesama manusia”.

Hendaklah kita ketahui bahawa mengumpat merupakan salah satu sebab utama berlakunya azab kubur, begitu juga mengadu domba (batu api) serta tidak bersih dari buang air kecil. Mengumpat golongan yang bertakwa kepada Allah merupakan dosa besar. Bagi orang yang berpuasa, mengumpat tidak membatalkan puasa seseorang. Imam Ahmad pernah berkata: “Sekiranya mengumpat membatalkan puasa sudah pasti puasa kita tidak sah”. Ianya beerti kebanyakan manusia tidak terlepas dari sifat mengumpat.


MIKRAJ

Peristiwa Mikraj memang betul berlaku iaitu ada nas berdasarkan hadis-hadis yang sahih, adapun di dalam al-Quran ianya tidak tercatat atau dinaskan secara jelas tetapi ada tersebut mengenainya yang hampir kepada nas yang jelas.

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Najmi ayat 13-15 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya (Muhammad) telah melihatnya (Malaikat Jibril) buat kali yang kedua di Sidratul Muntaha. Di sanalah terletaknya Jannatul Makwa”.

Sekiranya ada golongan membawakan firman Allah yang bermaksud ((Sesungguhnya telah melihatnya)) yang berkemungkinan pandangan Nabi melalui mimpi bukan secara jaga. Maka dikatakan ini merupakan takwil. Sebarang pentakwilan nas iaitu mengeluarkannya dari yang tersurat kepada yang tersirat tidak boleh dilakukan tanpa sandaran dalil akal yang putus atau dalil sam’ie yang sabit seperti yang dinyatakan oleh al-Razi, seorang ulama usul dalam al-Mahsul. Tidak ada dalil di sini menunjukkan pandangan mimpi.

Oleh yang demikian, pandangan Nabi adalah secara sedar atau jaga melihat Malaikat Jibril dalam rupa bentuk yang asal di Sidratul Muntaha yang terletak di langit yang ke enam. Justeru itu, peristiwa Mikraj ini secara tidak langsung sabit atau dinaskan di dalam al-Quran.

Rasulullah telah menceritakan mengenai peristiwa Mikraj yang berlaku kepada diri baginda dalam hadisnya:

Kemudian kami dibawa naik ke langit, maka Jibril memohon pintu dibuka. Maka disoal: Siapa kamu? (Jibril menjawab): Jibril. Disoal lagi:Siapakah bersamamu?(Jibril) berkata: Muhammad. Disoal lagi:Adakah dia diutuskan? (Jibril) berkata: Sesungguhnya dia telah diutuskan. Maka dibukakanlah bagi kami. Di situ aku (bertemu) dengan adam, lalu dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan bagiku.

Kemudian kami naik lagi ke langit ke dua. maka Jibril memohon pintu dibuka. Maka disoal: Siapa kamu? (Jibril menjawab): Jibril. Disoal lagi: Siapakah bersamamu?(Jibril) berkata: Muhammad. Disoal lagi: Adakah dia diutuskan? (Jibril) berkata: Sesungguhnya dia telah diutuskan. Maka dibukakan bagi kami.Di situ aku bertemu dengan dua orang anak bapa saudara, Isa bin Maryam dan Yahya Bin Zakaria Salawatullah Alaihima, maka mereka berdua mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan bagiku.
Kemudian (Jibril) naik denganku ke langit ke tiga maka Jibril memohon pintu dibuka. Maka disoal: Siapa kamu? (Jibril menjawab): Jibril. Disoal lagi: Siapakah bersamamu?(Jibril) berkata: Muhammad. Disoal lagi: Adakah dia diutuskan? (Jibril) berkata: Sesungguhnya dia telah diutuskan. Maka dibukakan bagi kami. Di situ aku bertemu dengan Yusuf Sallallahu Alaihi Wa Sallam di mana dia diberikan setengah keindahan.Maka dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan bagiku.

Kemudian kami naik ke langit ke empat maka Jibril memohon pintu dibuka. Maka disoal: Siapa kamu? (Jibril menjawab): Jibril. Disoal lagi: Siapakah bersamamu?(Jibril) berkata: Muhammad. Disoal lagi: Adakah dia diutuskan? (Jibril) berkata: Sesungguhnya dia telah diutuskan. Maka dibukakan bagi kami. Di situ aku bertemu dengan Idris. Maka dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan bagiku.Firman Allah Taala ((Dan kami angkatkannya ke martabat yang tinggi)) Maryam: 57.

Kemudian kami naik ke langit ke lima maka Jibril memohon pintu dibuka. Maka disoal: Siapa kamu? (Jibril menjawab): Jibril. Disoal lagi: Siapakah bersamamu?(Jibril) berkata: Muhammad. Disoal lagi: Adakah dia diutuskan? (Jibril) berkata: Sesungguhnya dia telah diutuskan. Maka dibukakan bagi kami. Di situ aku bertemu dengan Harun. Maka dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan bagiku.

Kemudian kami naik ke langit ke enam maka Jibril Alaihis Salam memohon pintu dibuka. Maka disoal: Siapa kamu? (Jibril menjawab): Jibril. Disoal lagi: Siapakah bersamamu?(Jibril) berkata: Muhammad. Disoal lagi: Adakah dia diutuskan? (Jibril) berkata: Sesungguhnya dia telah diutuskan. Maka dibukakan bagi kami. Di situ di hadapanku Musa Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Maka dia mengucapkan selamat datang kepadaku dan mendoakan kebaikan bagiku.

Kemudian kami naik ke langit ke tujuh maka Jibril memohon pintu dibuka. Maka disoal: Siapa kamu? (Jibril menjawab): Jibril. Disoal lagi: Siapakah bersamamu?(Jibril) berkata: Muhammad. Disoal lagi: Adakah dia diutuskan? (Jibril) berkata: Sesungguhnya dia telah diutuskan. Maka dibukakan bagi kami. Di situ aku bertemu dengan Ibrahim Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersandar ke Baitul Makmur di mana ia dimasuki setipa hari tujuh puluh ribu malaikat yang tidak lagi kembali (memasukinya).Kemudian dia (JIbril) pergi bersamaku ke Sidratul Muntaha di mana dedaunnya seumpama telinga-telinga gajah (besar) dan buahnya seperti tempayan-tempayan. -BERSAMBUNG...

MENYAMBUT KETIBAAN BULAN-BULAN MULIA DENGAN MEMPERBANYAKKAN IBADAH SUNAT

Allah ta’ala Berfirman dalam Al-Quran surah Al-Israa’ , ayat:19 yang bermaksud : “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedangkan dia adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan kebaikan”.
Betapa agungnya kalammu wahai rasulullah “Apakah aku tidak suka menjadi hamba Allah yang bersyukur..” . Suatu hari nabi masuk ke bilik Aisyah lantas berbaring di atas tempat tidur sambil merapatkan tubuh Baginda dengan tubuh Aisyah, tidak lama kemudian Nabi berkata kepadanya:“Biarkan Aku seketika untuk Aku beribadah kepada Tuhanku..” lalu nabi bangun dan mengambil wudu’ seterusnya melakukan sembahyang, sewaktu solat baginda menangis dan terus menangis sehingga basah janggutnya, kemudian ruku’ lalu menangis lagi, kemudian sujud sedang beliau masih juga menangis sehinggakan membasahi tanah tempat baginda sujud, tidak lama sesudah itu Aisyah menanya Nabi “Kenapa sampai begini sekali Ya Rasulullah..? sedangkan Allah telah mengampunkan segala dosa-dosamu samaada yang sudah lepas mahupun yang akan datang..!?” lantas Rasulullah menjawab : “Apakah aku tidah suka menjadi hamba Allah yang bersyukur”.
Segeralah..! segeralah kita wahai saudara sesama islam mengikut jejak langkah nabi besar Muhammad sallallahu alaihi wasallam dengan melakukan sebanyak-banyaknya ketaatan kepada Allah samaada yang wajib mahupun yang sunat, sedarlah bahawa kita sekarang ini sedang berada dalam bulan yang berkat iaitu bulan rejab, bulan Aminah binti wahab selaku ibu kepada nabi kita mula mengandungkan baginda iaitu pada malam jumaat , awal bulan rejab, pada bulan tersebut juga berlaku peristiwa mukjizat yang begitu hebat kepada Rasulullah iaitu peristiwa israa’ dan mikraj.
Jesteru, bulan rejab termasuk dalam kategori bulan barokah, kemudian sesudah itu disusuli oleh bulan yang barokah juga iaitu bulan sya’ban yang padanya terdapat satu malam yang agung dikenali dengan malam nisfu sya’ban, kemudian selepas itu menyusul pula bulan yang dinanti-nantikan , bulan sebaik-baik bulan pada keseluruhannya iaitu bulan ramadhan.
Ketiga-tiga bulan ini merupakan bulan yang paling afdhol dan yang paling agung kedudukannya dengan kelebihan masing-masing berbanding dengan bulan-bulan yang lain, oleh itu terimalah kehadiran bulan-bulan ini dengan mentaati Allah, lakukanlah amal ibadah sebanyak-banyaknya untuk bekalan sesudah mati, lakukanlah amalan dunia sekadar mencukupi untuk hidup di alam sementara dan lakukanlah amalan akhirat dengan kadar keperluan untuk kamu hidup kekal disana , Allah amat mengasihi hambanya , Dia membalas amalan yang sedikit dengan ganjaran yang berganda.., janganlah kita sibuk dengan kenikmatan sehingga kita lupa siapa yang memberinya, penuhilah masa kita dengan perkara manfaat lagi berfaedah kerana masa teruang itu jika tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya maka akan terisilah dengan perkara yang tidak patut.
Hayatilah sabda nabi sallallahualaihi wasallam yang bermaksud: “Orang mukmin itu tidak akan merasa kenyang daripada melakukan kebaikan sehinggalah akhirnya dia memperolehi syurga..”
>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Follow by Email

Trafik

 
Blogger Templates