Social Icons

Pages

Sunday, December 16, 2012

4 GOLONGAN LELAKI YG DITARIK KE NERAKA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Ada empat (4) golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah nya.
Mereka adalah:

①. Ayahnya ..

Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan Agama seperti mengajarkan shalat, mengaji dan lain sebagainya..
Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat.
Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja...
Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya...

Duhai lelaki yang bergelar ayah..
Bagaimanakah keadaan anak perempuan-mu sekarang..?
Apakah engkau mengajarnya shalat dan saum, menutup aurat, pengetahuan Agama..?
Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedia-lah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam..

②. Suaminya..

Apa-bila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk istrinya. Bergaul bebas, berhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya.. Jika suami mendiam diri walau-pun seorang yang alim, dimana shalatnya tidak pernah tinggal, saumnya tidak tinggal. Maka dia akan turut ditarik oleh istrinya bersama-sama ke dalam neraka..

Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimana-kah keadaan istri tercintamu sekarang..? Dimana-kah dia..? Bagaimana akhlaknya..? Jika tidak engkau jaga mengikuti ketetapan syari'at, maka terima-lah hakekat yang engkau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka jahannam sana..

③. Abang-abangnya (kakak lelaki)..

Apa-bila ayahnya sudah tiada, tanggung-jawab menjaga maruah wanita jatuh pada abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan dari
ajaran Islam, tunggu-lah tarikan adik perempuannya di akhirat kelak...

Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga Amal-mu dan jangan ingat engkau terlepas darinya, karena engkau juga akan pertanggung-jawabkan diakhirat kelak. Jika membiarkan adik perempuan-mu bergelimang dengan maksiat dan tidak menutup aurat...

④. Anak lelakinya..

Apa-bila seorang anak lelaki tidak menasehati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, menggunjing dan lain sebagainya.. Maka anak lelaki itu akan ditanya dan pertanggung-jawabkan di akhirat kelak. Dan nantikan tarikan ibunya ke neraka...

Duhai anak lelaki, sayangi-lah ibumu, nasihati-lah ia jika bersalah atau terlupa. Karena ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa.. Selamatkan-lah ia dari 'kayu api' neraka.. Jika tidak, engkau juga akan ditarik menjadi penemannya..

Subhanallah...
Betapa hebatnya tarikan wanita...
Bukan saja di dunia., malah diakhirat pun tarikannya begitu dahsyatnya..
Maka dari itu wahai kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak, harus memainkan peranan mereka sebagai pertanggung-jawaban lelaki..

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang ertinya berbunyi:

“Hai anak Adam..! peliharalah diri-mu serta ahli-mu dari api neraka, dimana bahan bakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu.”

Astaghfirullah..
Ampunkan aku yaa Allah..!
Aamiin Allahumma aamiin yaa kariim..!

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Dikesempatan pagi yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1433 Hijrah. Sekarang ini kita berada pada hari ke5 bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharapkan keredhoan Allah Ta'ala.

Ramadhon merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang
awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.

Ramadhon adalah bulan untuk menggiatkan amal ibadah, bantuan, memberi makan kepada yang memerlukan, bulan membaca Al-Quran, beri’tikaf di masjid, bukan bulan untuk bersantai, tidur banyak, malas, makan makanan yang enak lagi mewah tetapi Ramadhon adalah bulan zuhud iaitu bulan untuk mengajar dan menyekat hawa nafsu daripada memenuhi keinginannya kepada kelazatan yang memukau.

Tanamkanlah azam dalam hatimu pada bulan Ramadhon ini untuk mengikuti jejak langkah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang pernah menempuhi kesusahan selama berbulan dapur rumahnya tidak berasap dan apabila beliau makan pada selain bulan ramadhon beliau hanya makan sembilan suapan pada paginya dan sembilan lagi pada petangnya, tidak lebih dari itu. Ingatlah selalu firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia ini kecuali kesenangan yang memperdayakan.” [surah aali’imran: 185]

Janganlah penuhi fikiran kita dengan memikirkan makanan apakah yang kita nak jadikan hidangan berbuka, tetapi fikirkanlah “masjid manakah yang kita akan hadiri... marilah kita sama-sama berpesan-pesanan meninggalkan amalan bermewah-mewah kerana merutimkan hidangan makanan mewah setiap hari tidak mendatangkan kebaikkan kerana itu bukanlah cara hidup para wali dan nabi-nabi.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Awasilah dirimu daripada bermewah-mewah kerana para-para nabi bukanlah hidup dengan bermewah-mewah. Rasulullah pada kebanyakan harinya hanya makan tamar beserta air sahaja dan kadang-kadang roti bersama kuah itupun jarang-jarang.

Ramadhan bulan zuhud bukan bulan bermewah
Menyambut ketibaan bulan-bulan mulia
Menanti ketibaan bulan ramadhan
Puasa ramadhan dan kelebihannya

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamu'alaikum... pada hari yang indah iaitu di hari Maulidur Rasul ini, marilah sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ


Saturday, January 28, 2012

Anak Aset ke Syurga atau Neraka?


Subhanallah, sesungguhnya video ini telah memberi rasa keinsafan buat diri ini, semoga kesedihan melihat tontonan video ini mendatangkan keinsafan dan seterusnya berazam untuk melakukan hal tersebut.

Bila matinya anak adam maka terputuslah amal ibadat kecuali tiga perkara, ilmu yang manfaat, sedekah dan amal jariah, anak soleh yang mendoakan ibu-bapanya dan Ustaz Don sebut salah satunya adalah waladun soleh(anak yang soleh), yad'ulah(yang mendoakannya), maksud doa dari anak yang soleh, besar maksud hadith ini, anak-anak adalah aset ibu-bapa ke syurga, bagaimana ibu-bapa didik anaknya sehingga bila ibu-bapa mati, anak itu faham islam dan beramal dengannya sehingga dapat bawa ibu-bapanya ke syurga(anak yang soleh), wallahualam.

Akhirnya sebagai anak, hendaklah kita melakukan amal-amal yang soleh agar kedua ibu-bapa kita sentiasa mendapat kebaikan samada semasa mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Inilah ukuran kasih sayang kita kepada mereka.

Allahu Akbar! moga-moga kitalah anak yang akan menjadi imam di kala mereka dijemputNya, kitalah yang akan memandikan mereka di kala mereka tidak bernyawa, kitalah yang akan menurunkan mereka ke dalam liang lahad di kala masa mereka telah tiba, dan kitalah yang akan membacakan talkin untuk mereka. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu-bapaku dan rahmatilah serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani daku ketika aku kecil, dan tempatkanlah roh mereka bersama-sama orang yang beriman dan bertakwa serta jauhkanlah mereka dari seksaan kubur dan Kau terangilah kubur-kubur mereka, Amin...

Blog Siakappaka
>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates