Social Icons

Pages

Sunday, June 21, 2009

Kesalahan Dalam Doa

Mendoakan untuk semua orang mukmin dan mukminat bagi mengampunkan segala dosa-dosa mereka adalah sesuatu yang menyalahi syarak.

Ibnu Abdissalam menegaskan dalam kitab al-amali dan juga Imam Al-Ghazali bahawa adalah haram hukumnya mendoakan untuk keseluruhan umat islam [muslimin dan muslimat] bagi mengampunkan segala dosa-dosa mereka atau mendoakan agar mereka semua tidak dimasukkan kedalam api neraka. Ini kerana secara tidak langsung ianya bertentangan dengan pengkhabaran Allah dan pengkhabaran rasulnya yang memberitahu kita bahawa mesti ada dari kalangan mereka yang akan dimasukkan kedalam api neraka.

Adapun doa mintak mengampunan dengan tanpa mengkaitkan pada doa tersebut pengampunan dari segala dosa adalah dibenarkan dalam islam sepertimana doa yang terdapat dalam surah nuh ayat28 yang bermaksud : “wahai tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan bagi orang mukmin yang masuk rumahku dan bagi orang mukmin dan mukminat. Doa seperti didalam ayat ini tidak memberi maksud minta pengampunan secara menyeluruh. Perkara itu juga dinyatakan oleh Imam al-ramli dalam kitab Syarhul Muhazzab dan Ibnu Abidin Al-hanafi pada hasyiahnya.

Jadi bukanlah makna ayat tadi mintak pengampunan untuk semua orang islam bagi mengampunkan segala dosanya .

Doa yang dicegah itu adalah bertentangan dengan nas-nas Al-Quran, dan hukum melawan Al-Quran itu membawa kepada kekufuran sebagaimana yang di jelaskan oleh Al-Nasafi dalam kitab aqidahnya yang masyhur.

Imam Abu Jaa’far Al-Thohawi mengatakan: “merasa aman dan putus asa itu boleh terkeluar daripada Agama Islam” ini adalah aqidah murji’ah , mereka ini terkeluar dari aqidah islam kerana fahaman mereka mengatakan “Tidak memberi mudhorat bagi orang islam dosa yang mereka lakukan sepertimana tidak memberi manfaat bagi orng kafir kebajikan yang mereka lakukan.

· [Merasa aman: iaitu merasakan yang dirinya tidak akan sama sekali diazab oleh Allah Taala walaupun dia melakukan dosa]

· [Putus asa: iaitu merasakan yang dirinya tidak akan sama sekali di ampunkan oleh Allah taala]

2 comments:

  1. ASSALAMMUALAIKUM...
    SAYA TIDAK PERNAH PULA TAHU BAHAWA MENDOAKAN AGAR DIAMPUNKAN DOSA SESAMA MUKMIN ITU SALAH....BETULKAH APA YANG UST. TULISKAN INI...Saya sgt confius

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam, mendoakan keampunan bagi orang muminin dan mukminat tidak salah, malah dituntut oleh agama, yang menjadi kesalahan ialah mendoakan untuk mengampunkan "semua" orang islam, kerana Allah telah menegaskan bahawa Allah telah menetapkan ada dikalangan orang islam yang akan ditempatkan ke dalam neraka, jadi jika kite doakan pengampunan kpd seluruh orang islam ini adalah bercanggah, kite sepatutnya berdoa ya Allah ampunkanlah terhadap orang mukmin dan mukminan, tanpa menggunakan perkataan "seluruh" (jamik).

    ReplyDelete

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates