Social Icons

Pages

Wednesday, June 30, 2010

MENYAMBUT KETIBAAN BULAN-BULAN MULIA DENGAN MEMPERBANYAKKAN IBADAH SUNAT

Allah ta’ala Berfirman dalam Al-Quran surah Al-Israa’ , ayat:19 yang bermaksud : “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedangkan dia adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan kebaikan”.
Betapa agungnya kalammu wahai rasulullah “Apakah aku tidak suka menjadi hamba Allah yang bersyukur..” . Suatu hari nabi masuk ke bilik Aisyah lantas berbaring di atas tempat tidur sambil merapatkan tubuh Baginda dengan tubuh Aisyah, tidak lama kemudian Nabi berkata kepadanya:“Biarkan Aku seketika untuk Aku beribadah kepada Tuhanku..” lalu nabi bangun dan mengambil wudu’ seterusnya melakukan sembahyang, sewaktu solat baginda menangis dan terus menangis sehingga basah janggutnya, kemudian ruku’ lalu menangis lagi, kemudian sujud sedang beliau masih juga menangis sehinggakan membasahi tanah tempat baginda sujud, tidak lama sesudah itu Aisyah menanya Nabi “Kenapa sampai begini sekali Ya Rasulullah..? sedangkan Allah telah mengampunkan segala dosa-dosamu samaada yang sudah lepas mahupun yang akan datang..!?” lantas Rasulullah menjawab : “Apakah aku tidah suka menjadi hamba Allah yang bersyukur”.
Segeralah..! segeralah kita wahai saudara sesama islam mengikut jejak langkah nabi besar Muhammad sallallahu alaihi wasallam dengan melakukan sebanyak-banyaknya ketaatan kepada Allah samaada yang wajib mahupun yang sunat, sedarlah bahawa kita sekarang ini sedang berada dalam bulan yang berkat iaitu bulan rejab, bulan Aminah binti wahab selaku ibu kepada nabi kita mula mengandungkan baginda iaitu pada malam jumaat , awal bulan rejab, pada bulan tersebut juga berlaku peristiwa mukjizat yang begitu hebat kepada Rasulullah iaitu peristiwa israa’ dan mikraj.
Jesteru, bulan rejab termasuk dalam kategori bulan barokah, kemudian sesudah itu disusuli oleh bulan yang barokah juga iaitu bulan sya’ban yang padanya terdapat satu malam yang agung dikenali dengan malam nisfu sya’ban, kemudian selepas itu menyusul pula bulan yang dinanti-nantikan , bulan sebaik-baik bulan pada keseluruhannya iaitu bulan ramadhan.
Ketiga-tiga bulan ini merupakan bulan yang paling afdhol dan yang paling agung kedudukannya dengan kelebihan masing-masing berbanding dengan bulan-bulan yang lain, oleh itu terimalah kehadiran bulan-bulan ini dengan mentaati Allah, lakukanlah amal ibadah sebanyak-banyaknya untuk bekalan sesudah mati, lakukanlah amalan dunia sekadar mencukupi untuk hidup di alam sementara dan lakukanlah amalan akhirat dengan kadar keperluan untuk kamu hidup kekal disana , Allah amat mengasihi hambanya , Dia membalas amalan yang sedikit dengan ganjaran yang berganda.., janganlah kita sibuk dengan kenikmatan sehingga kita lupa siapa yang memberinya, penuhilah masa kita dengan perkara manfaat lagi berfaedah kerana masa teruang itu jika tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya maka akan terisilah dengan perkara yang tidak patut.
Hayatilah sabda nabi sallallahualaihi wasallam yang bermaksud: “Orang mukmin itu tidak akan merasa kenyang daripada melakukan kebaikan sehinggalah akhirnya dia memperolehi syurga..”

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Follow by Email

Trafik

 
Blogger Templates