Social Icons

Pages

Tuesday, May 5, 2009

6 Perkara Wanita Perlu Amal

6 Perkara Wanita Perlu Amal


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak
dapat
solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam di rumah dengan keluarga. Dianjur baca

Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam sehingga dari
rumah
kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa
dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak
baca
kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah,
apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula
dengan
doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi sallallahu alaihi wasallam seperti doa tidur, bangun
tidur,
makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan
menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana.
Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon
keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg
menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama
teman supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Follow by Email

Trafik

 
Blogger Templates