Social Icons

Pages

Wednesday, May 6, 2009

Menundukkan nafsu dan meninggalkan yang haram (Kisah Dinar Iyar)

Menundukkan nafsu dan meninggalkan yang haram (Kisah Dinar Iyar)

Di ceritakan bahawa ada seorang lelaki yang di kenali dengan nama Dinar Iyar, dia mempunyai seorang ibu yang solehah yang sentiasa menasihati dirinya tetapi malangnya dia tidak pernah mendengar nasihat ibunya.
Suatu hari ketika dia berjalan-jalan di kawasan perkuburan, dia ternampak tulang lalu terus diambilnya dengan tangan. Tiba-tiba tulang tadi hancur atas tapak tangannya, ketika itulah dia mula sedar dan berfikir tentang dirinya lalu dia meronta-ronta dengan mengatakan “celakalah engkau wahai Dinar , agaknya beginilah yang akan berlaku pada engkau, tulang engkau akan hancur, tubuh engkau akan bertukar menjadi tanah.
Lalu dia menyesal atas segala perbuatan jahatnya dulu dan terus berazam untuk bertaubat lalu dia mengangkat kepalanya menghadap ke langit (kerana ia adalah kiblat doa), dia mengangkat mukanya lalu berkata; “Wahai tuhanku, Aku serahkan segala jiwaragaku dan segala urusanku kepadaMu, maka kumohon Engkau terimalah aku dan rahmatilah aku.
Kemudian dia pergi berjumpa dengan ibunya dalam keadaan murung bercampur sedih dan pilu dia menanyakan ibunya, “Wahai ibuku.. Apakah yang akan dilakukan oleh tuan jika hamba abdinya cuba lari?” Lalu jawab ibunya “ Dia akan memberikan padanya pakaian yang usang serta makanan yang sedikit dan dia juga akan mengikat tangan dan kakinya”. Setelah mendengar jawapan ibu, lalu dia berkata kepada ibunya “Aku ingin memakai pakaian usang dan lakukanlah terhadapku sebagaimana hukuman hamba tadi!!” lalu ibunya mengikuti kehendak anaknya itu.
Apabila malam menjelma dia mula menangis dengan tangisan yang amat kuat serta mengulang-ulang perkataan “ celakalah engkau wahai Dinar!! , mampukah engkau menghadapi neraka??!!, bagaimana mungkin engkau menentang kemurkaan tuhan??!!” begitulah keadaannya sehingga ke pagi. Setelah ibu menyedari keadaannya yang semakin tertekan terus ibunya berkata “Wahai anakku! Kesihanilah dirimu. Anaknya menjawab “Biarkanlah aku penat seketika mudah-mudahan aku dapat rehat selamanya.. Wahai ibuku! Sesungguhnya aku esok akan dihadapkan ke pengadilan tuhan yang maha agung, aku tidak tahu samaada akan di heret aku ke kegelapan yang gelap gelita atau ke tempat kejahatan yang teramat sangat”. “wahai anakku rehatkanlah dirimu” sapa ibunya . dia berkata lagi “ bukanlah kerehatan yang aku pinta, seolah-olah engkau wahai ibuku akan dibawa ke syurga sedangkan aku akan dibawa ke neraka bersama penghuninya.
Ibunya terpaksa membiarkan anaknya dalam keadaan begitu, anaknya terus menerus menangis , beribadah serta membaca Al-quran sehingga tatkala sampai saja pada bacaan ayat al-quran surah al-hijr ayat 92 dan93 yang maksudnya “dan demi tuhannu, kami akan menanyakan mereka semua tentang apa yang mereka kerjakan” dia merenung dan mengamati makna ayat yang agung ini lalu menangis sehingga pengsan , maka datang ibu memanggilnya tapi tiada jawapan , kemudian ibunya berkata lagi “wahai anakku, wahai sayangku mana lagi kita nak jumpa? Lalu tiba-tiba anaknya mengeluarkan suara dengan suara yang lemah “wahai ibuku jika kau tidak mendapatiku di mauqif hari qiamat nanti maka tanyalah malaikat penjaga neraka tentang saya. Sesudah itu dia mula menghembuskan nafas terakhirnya lalu dia meninggal dunia.
Ibunya sendiri bangun memandikan dan menyiapkan jenazahnya seterusnya dia keluar memanggil manusia lain dengan nada “Wahai manusia… marilah!! Ayuhlah!! Sembahyangkan atas pembunuh api neraka” . Maka datang manusia dari segenap pelusuk dengan bilangan ramai yang tidak pernah dilihat manusia seramai itu .
Apabila selesai majlis pengebumiannya , sebahagian kawan-kawannya tidur pada malam itu dan bermimpinya, dilihat dalam mimpi dia sedang berjalan-jalan dalam syurga sambil membaca potongan ayat yang selalu diulanginya ketika didunia dulu, dan dia berkata “dengan kebesaran dan keagungan Allah, Allah telah merahmatiku dan mengampuni dosaku.. maka sampaikanlah berita gembira ini kepada ibuku.

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Follow by Email

Trafik

 
Blogger Templates