Social Icons

Pages

Wednesday, May 6, 2009

Maksiat Badan

Di antara maksiat badan ialah:

Menyakiti kedua ibu bapa.
Cabut lari dari peperangan, iaitu lari dari barisantentera islam yang berperang di jalan Allah setelah sampai di medan peperangan.
Memutuskan tali silaturrahim (ikatan persaudaraan sesama islam)
Menyakiti jiran tetangga meskipun seorang kafir yang telah mendapat jaminan keamanan.
Lelaki menyerupai perempuan dan juga sebaliknya yakni dengan sesuatu yang khusus bagi salah satu jenis dalam hal berpakaian , sikap dan lain-lain.
Lelaki melebihkan pakaian hingga ke bawah buku lali dengan niat menunjuk-nunjuk atau untuk berbangga diri.
Memakai inai pada tangan atau kaki dengan menggunakan daun inai bagi lelaki tanpa ada hajat yang diharuskan syarak.
Membatalkan ibadah wajib seperti solat fardhu , puasa ramadhon dalam ketika menunaikannya tanpa ada uzur syar’i.
Membatalkan ibadah haji dan umrah yang status keduanya adalah sunat bagi pelakunya setelah berniat ihram.
Meniru percakapan atau perbuatan orang mukmin dengan tujuan menghinanya.
Mencari keaiban dan kejelikan orang.
Memakai atau membuat tatu pada badan manusia.
Tidak bertegur sapa terhadap seorang muslim selama lebih dari tiga hari kecuali ada alasan yang diperbolehkan syara’.
Duduk bersama dengan ahli bid’ah atau orang fasiq sehingga tenggelam dalam kefasikannya.
Memakai emas , perak atau kain sutera bagi lelaki yang sudah baligh kecuali cincin perak dan kain sutera yang kadar benang sutera lebih sedikit berbanding benang biasa pada kain tersebut.
Khalwat dengan ajnabiyyah – iaitu berduaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya ditempat yang sunyi tanpa ada orang ketiga samaada lelaki ataupun perempuan yang disegani.
Perempuan yang bermusafir tanpa ditemani oleh mahram atau suaminya tanpa ada sebab darurat.
Menjadikan seorang yang merdeka sebagai buruh paksa (menggesa untuk bekerja secara paksaan.
Memusuhi para wali Allah.
Menolong atau membantu dalam berbuat maksiat.
Menyebarkan suatu da’yah yang palsu.
Menggunakan peralatan rumah (seperti bekas, cawan dan sebagainya) yang diperbuat daripada emas dan perak atau menyimpannya. Adapun perhiasan wanita dibolehkan bagi perempuan.
Meninggalkan suatu yang fardhu , atau melaksanakannya tapi dengan meninggalkan rukun atau syaratnya atau melakukan hal yang membatalkannya.
Meninggalkan solat jumaat yang hukumnya wajib baginya meskipun dia melakukan solat zohor.
Penduduk di suatu perkampungan atau bandar yang meninggalkan solat fardhu berjamaah.
Melewat-lewatkan sembahyang fardhu sehingga keluar dari waktunya tanpa uzur.
Memburu binatang buruan dengan senjata yang barat dan tumpul (seperti membunuh binatang buruan dengan batu , maka dia mati akibat hentakan yang kuat dan berat, bukan tajam)
Menjadikan haiwan sebagai sasaran latihan memanah dan seumpamanya.
Perempuan yang dalam masa iddah keluar rumah tanpa sebab yang diharuskan syara’ atau meninggalkan pantang larang sewaktu iddah bagi isteri kematian suami.
Mengotori masjid samaada dengan benda najis atau dengan benda yang suci.
Menunda-nunda ibadah haji bagi yang telah mampu sampai meninggal dunia.
Berhutang bagi orang yang tidak ada harapan secara lahiriyyah dapat melunaskan hutangnya , sedangkan orang yang memberi hutang tidak tahu tentang hal tersebut.
Tidak memberikan tempoh waktu yang lebih lama bagi orang yang tidak sanggup membayar hutangnya.
Menggunakan harta untuk tujuan maksiat.
Memperlekehkan (tidak menghormati) al-Quran dan ilmu syara’ dan membiarkan anak kecil yang sudah mumayyiz memperlakukan demikian.
Memindahkan batasan tanah (memindahkan batasan antara tanah miliknya dengan tanah milik orang lain.
Menyalahguna jalan dengan suatu yang tidak dibolehkan (seperti membuat tapak jualan ditengah jalan , adapun di pinggir jalan maka diharuskan.
Menggunakan barang yang dipinjam tidak pada fungsinya atau guna melebihi waktu yang telah ditentukan atau meminjamkannya kepada orang yang lain pula.
Melarang orang menggunakan kemudahan awam atau tempat awam seperti pantai , sungai , taman rekriasi dan lain-lain.
Menggunakan barang yang ditemui sebelum di isytiharkan kepada masyarakat sesuai dengan syarat-syaratnya .
Duduk berdiam diri sambil melihat kemungkaran berlaku tanpa ada keuzuran.
Menghadiri suatu perayaan tanpa diundang atau yang mengadakan pesta mengizinkannya masuk secara terpaksa untuk menutup malu.
Suami yang tidak berlaku adil kepada isteri yang berpoligami dalam hal nafkah dan bermalam.
Perempuan yang keluar dari rumah untuk mendapat perhatian atau menggoda lelaki.
Melakukan perkara berbentuk sihir.
Tidak taat kepada khalifah / imam seperti mereka yang membangkang kepada sayyidina ali dan bahkan memeranginya.
Mengurus anak yatim , masjid atau menjadi hakim padahal ia mengetahui bahawa dirinya tidak mampu menjalankan amanat tersebut.
Menyembunyikan atau melindungi orang yang zalim dari orang yang ingin mengambil hak darinya.
Menakut-nakutkan orang muslim seperti mengacu-acukan pisau ke arahnya.
Tidak melaksanakan apa yang telah dinazarkan.
Berterusan dalam berpuasa – yaitu berpuasa dua hari atau lebih secara berturut-turut tanpa makan apapun.
Merampas tempat duduk orang lain atau mendesak hingga sampai menyakitinya, atau mengambil giliran orang lain.

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates