Social Icons

Pages

Monday, May 18, 2009

Allah sama sekali tidak menyerupai makhluk

Apakah tafsiran firman Allah ta’ala: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ?

Tafsirannya ialah Allah ta’ala tidak menyerupai benda yang latif (sesuatu yang tidak dapat dipegang dan disentuh dengan tangan seperti cahaya, kegelapan, roh, angin dan sebagainya), dan juga tidak menyerupai benda yang kasif (sesuatu yang dapat dipegang dan dirasa dengan tangan seperti manusia, benda-benda yang berketul dan seumpamanya) dan tidak menyerupai makhluk samaada yang dilangit mahupun dibumi.

Firman Allah Ta'ala:
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ""
Maksudnya: “ Tidak ada bagiNya penyerupaan dengan sesuatu".
(Surah Al-Ikhlas Ayat 4)
Imam Zunnun Al-Misry dan Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"مَهْمَا تَصَوَّرْتَ بِبَالِكَ فَاللهُ بِخِلاَفِ ذَلِكَ"

Maksudnya: Apapun yang terlintas dalam benak pemikiran kamu, Allah tidak seperti itu"

Imam At-Tohawi pula berkata:

مَعَانِى اْلبَشَرِ فَقَدْ كَفَر"َ " وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ

Maksudnya: "Dan barangsiapa yang menyifatkan Allah ta’ala itu dengan salah satu sifat dari sifat-sifat manusia maka dia telah kafir"

Terangkan sifat Allah ta’ala ‘اَلسَّمْعُ’ dan ‘ اَلْبَصَرُ’ ?

Allah Ta’ala berfirman:
" "لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

Maksudnya: "Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun iaitu dari makhlukNya baik dari satu segi mahupun dari semua segi, dan tidak ada sesuatupun yang menyerupaiNya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".(surah As-Syura :Ayat 11)

Di sini jelas bahawa Allah ta’ala bersifat dengan tidak menyerupai sesuatu pun dari makhlukNya dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya. Dalam permulaan ayat tersebut Allah ta’ala menafikan penyerupaan dengan makhlukNya kemudian Dia menyifatkan diriNya dengan Maha Mendengar dan Maha Melihat maka ini menunjukan bahawa pendengaran dan penglihatan Allah ta'ala sama sekali tidak menyamai makhluk, penglihatan dan pendengaran Allah itu azali tidak ada permulaan bagiNya dan begitu juga dengan sifat-sifatNya yang lain tidak menyerupai makhluk.

Semua perkara yang dapat didengari, Allah ta’ala mendengarnya dengan tanpa berhajat kepada telinga atau alat-alat lain, dan semua benda Allah ta’ala melihatnya dengan tanpa berhajat kepada mata dan juga cahaya, maka jelas di sini bahawa pendengaran dan penglihatan Allah ta’ala itu tidak seperti makhluk tidak ada batasan bagi pendengaran dan penglihataNya.

Terangkan maksud kata ulama :

فَهُوَ الْقَدِيْمُ وَمَا سِوَاهُ حَادِثٌ, وَهُوَ الْخَالِقُ وَمَا سِوَاهُ مَخْلُوقٌ


Maksud kata ulama ini ialah:

Dialah (Allah) bersifat al qodim (sediakala) dan selainNya daripada makhluk bersifat baru, dan Dialah Pencipta dan selainNya adalah makhluk yang diciptakan oleh Nya.
Umat Islam wajib beriktikad bahawa hanya Allah ta’ala sahaja yang bersifat al qodim (tidak ada permulaan bagi kewujudanNya), dan selain dariNya adalah baru. Setiap perkara yang baharu itu masuk kepada wujud (benda yang asalnya tiada kemudian diadakan), samada ianya suatu benda atau sifat-sifat benda, dari sekecil-kecil zarah hinggalah sebesar-besar arasy dari pergerakan hamba dan diamnya, dari niat-niat dan lintasan hati, semuanya itu adalah ciptaan Allah ta’ala tidak ada pencipta selainNya. Bukanlah tabi’at atau sebab yang menciptakan perkara tersebut bahkan kewujudannya adalah ciptaan Allah dengan kehendak serta kekuasaanNya, dengan takdir dan pengetahuanNya yang azali.

Allah Ta’ala berfirman:
وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ""

Maksudnya: “Dan Dialah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu”.
(Surah Al- Furqan : Ayat 2)

Imam An-Nasafi berkata:

"فَإِذَا ضَرَبَ إِنْسَانٌ زُجَاجًا بِحَجَرٍ فَكَسَرَهُ فَالضَّرْبُ وَ الْكَسْرُ وَ ْالاِنْكِسَارُ بِخَلْقِ اللهِ تَعَالَى"

Maknanya: "Maka apabila seorang manusia memukul kaca dengan batu dan memecahkannya maka pukulan, perbuatan memecahkan kaca dan pecahan-pecahan yang berlaku pada kaca tersebut adalah dijadikan oleh Allah ta’ala".

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates