Social Icons

Pages

Sunday, May 17, 2009

sebutkan dalil kewujudan Allah?

Sebutkan dalil yang membuktikan bahawa Allah ta’ala
wujud ?

Allah ta’ala wujud dan tiada syak lagi pada kewujudanNya.

Firman Allah ta'ala :

" أََََفِي اللهِ شَكٌّ "

Maknanya: “ Apakah ada keraguan terhadap Allah ?!”.(Surah Ibrahim : Ayat 10)
Ayat ini menunjukkan bahawa tidak ada keraguan lagi bagi kewujudan Allah dan alam ini merupakan dalil (bukti) kewujudan Allah ta'ala kerana akal tidak dapat menerima wujudnya alam tanpa ada pencipta, sebagaimana tidak sah adanya kitab tanpa penulis. Yang mencipta semua ini adalah yang Maha Berkuasa dan pastinya sama sekali tidak menyerupai mana-mana makhluk ciptaanNya. Maka Allah ta’ala pencipta alam ini, wujudNya tidak serupa dengan makhlukNya, tidak berbentuk dan tidak bertempat kerana Dialah yang mencipta bentuk dan tempat.

Imam Rifai’e telah berkata :

" غَايَةُ الْمَعْرِفَةِ بِاللهِ الإيقَانُ بِوُجُودِهِ تَعَالى بِلاَ كَيْفٍ وَلاَ مَكَانٍ"

Maksudnya: “Setinggi-tinggi ma’rifatullah (mengenal Allah ta’ala) adalah dengan meyakini bahawa Allah ta’ala ada tanpa bentuk dan tanpa tempat”.

1 comment:

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates