Social Icons

Pages

Monday, May 18, 2009

ketentuan & kehendak Allah

Apakah yang dimaksudkan dengan أَنَّ اللهَ فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ ?

Maksudnya ialah Allah ta’ala Maha Kuasa mencipta perkara-perkara yang dikehendaki, tidak ada sesuatu yang boleh melemah atau melarang kehendak Allah, dan Allah tidak memerlukan kepada pertolongan.

Firman Allah Ta'ala :
وَلَوْ شَاءَالله ُمَا اقْتَتَلُوا وَلَكِنَّ الله َيَفْعَلُ مَايُرِيْدُ

Maksudnya : Jika Allah menghendaki, Tidaklah mereka berbunuh-berbunuhan, akan tetapi Allah membuat apa yang dikehendakinya. ( Surah Al-baqarah: Ayat 253 )

Firman Allah Ta’ala:
إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ""

Maksudnya: "sesungguhnya tuhan kamu melakukan apa yang dikehendakinya" (Surah Hud ayat 107)

Terangkan secara ringkas makna kalimah ini: مَا شَاءَ الله ُكَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ

Makna kalimah ini secara ringkas memberi erti bahawa setiap yang dinamakan makhluk samaada perbuatan, kebaikan, kejahatan, kemaksiatan, kekufuran, keimanan dan selainnya dari jenis-jenis makhluk Allah, jika Allah ta’ala berkehendak menciptanya maka sudah pasti ianya wujud pada waktu yang dikehendakiNya dan jika Allah ta’ala tidak berkehendak menciptanya maka pasti ianya tiada dan tidak akan ada. Kehendak Allah ta’ala itu adalah bersifat azali abadi. Lafaz kalimah ini adalah sabda Rasulullah ketika beliau mengajar sebahagian anak-anak perempuannya iaitu:

مَا شَاءَ الله ُكَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ

Maksudnya: “ Apa-apa yang Allah kehendaki pada azali ianya tetap terlaksana dan apa-apa yang Dia tidak berkehendak padanya tidak akan terlaksana ”.
( Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud )
Kalimah ‘اَلْمَشِيْئَةُ’ (Ketentuan Allah) maknanya: menentukan sesuatu keatas makhluk dengan setengah perkara yang harus baginya tanpa perkara yang lain dan dengan sebahagian sifat tanpa sifat yang lain dan pada waktu yang tertentu tanpa mengkhususkan pada waktu yang lain.

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates