Social Icons

Pages

Monday, May 18, 2009

Percaya kepada malaikat

Terangkan tentang beriman dengan malaikat ?

Kita wajib percaya pada kewujudan malaikat-malaiakat. Mereka adalah hamba-hamba Allah ta’ala yang mulia. Mereka bukanlah lelaki dan bukanlah perempuan, tidak makan dan minum. Mereka juga tidak tidur dan tidak pernah membantah apa yang disuruh oleh Allah ta’ala bahkan mereka melaksanakan apa yang disuruh.


Firman Allah :

"عَلَيْهَا مَلآئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ لاَّ يَعْصُونَ الله َمآأَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ"

Maksudnya: "Penjaganya(neraka) adalah malaikat-malaikat yang kasar , yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintah keatas mereka dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintah".
( Surah At-Tahrim : Ayat 6 )

Sesiapa yang mengatakan bahawa malaikat-malaikat itu adalah perempuan maka hukumnya adalah kafir.

Firman Allah Ta’ala:

"إِنَّ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِالاَخِرَةِ لَيُسَمُّونَ الْمَلآئِكَةَ تَسْمِيَةَ اْلأُنْثَى"

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman( kafir ) dengan akhirat, mereka menamakan malaikat itu dengan perempuan.
( Surah An-Najmi : Ayat 27)

Malaikat kadang-kala menyerupai rupa lelaki tanpa mempunyai alat kemaluan.

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates