Social Icons

Pages

Sunday, May 17, 2009

Apakah makna (ijmali) syahadah pertama?

Apakah makna “ أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ” secara ijmali ?

Makna “ُ أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ الله ” secara ijmali ( umum ) ialah “ aku mengaku dengan lidah dan beriktikad serta yakin dengan hati bahawa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah ”. Dalam erti kata lain merendahkan diri dan hati dengan setinggi-tinggi rasa kerendahan hanya semata-mata kepada Allah ta’ala. Barangsiapa yang meletakkan setinggi-tinggi rasa kerendahan diri dan hati kepada selain daripada Allah maka mereka dikira sebagai musyrik (orang yang menyekutukan Allah). Adapun perbuatan an-nida’ (menyeru) serta al-istighothah wal istia’anah (meminta tolong) semata-mata tidak pula dikira ibadah sebagaimana tanggapan kebanyakan manusia. Makna ibadah itu seperti mana yang disebut oleh Imam Taqiyyuddin As-Subki dengan katanya :

الْخُشُوعِ وَ الْخُضُوعِ" العِبَادَةُ أَقْصَى غَايَةِ "

Maksudnya : Ibadah itu ialah setinggi-tinggi atau kemuncak kekhusyukan . serta rasa rendah diri.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Ustaz... Macam mana pula kalau kita merasakan rendah diri pada orang lain dengan erti kata merasakan diri ini tidak pandai, lebih teruk, lebih banyaknya dosa daripada orang lain... supaya diri ini tidak riyak & sombong pada orang lain, adakah ini juga dikatakan musyrik... Apakah maksud sebenarnya rendah diri pada text di atas......

    ReplyDelete
  2. wa'alaikum salam hazamin,bukanlah sekadar merasa rendah diri itu dikira ibadah tetapi yang dimaksudkan dengan rendah diri disini adalah rendah diri yang sampai ke kemuncak tunduk patuh,iaitu sehabis-habis tunduk patuh kita pada sesuatu,itu baru dikira syirik.kita lihat apa yang berlaku kepada muaz bin jabal yang melihat penduduk syam sujud kepada pembesar-pembesar mereka,sebaik saja dia kembali ke madinah bertemu nabi lalu dia sujud kepada nabi, lantas nabi melarangnya dari melakukan yang demikian dengan sabdanya yang bermaksud: jangan kamu lakukannya,kalaulah aku benarkan seseorang itu sujud kepada yang lain niscaya aku perintahkan isteri agar sujud pada suaminya.. kita lihat dalam hadis ini nabi tidak mengkafirkan muaz walaupun muaz sujud kepadanya, kenapa?? kerana nabi tahu muaz hanya sujud untuk memberi penghormatan kepadanya bukan bertujuan ibadah (mengabdikan diri kepadanya dengan sehabis-habis tuduk patuh serta kemuncak rasa rendah diri..)

    ReplyDelete
  3. Wa’alaikum salam,
    rendah diri yang saudara maksudkan kali ini berbeza samasekali dengan pengertian ibadah.. kerana ibadah adalah kemuncak segala kekhusyukan,rendah diri serta tunduk patuh. adapun pertanyaan saudara tadi lebih kepada makna tawadhuk dan sifat begitu harus ada cuma jangan melampau sangat takut nanti jatuh pada putus asa kerana putus asa [iaitu merasakan diri tidak lagi di ampunkan Allah] adalah haram hukumnya megikut mazhab syafie,dan di hukumkan kufur dalam mazhaz hanafi

    ReplyDelete

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Follow by Email

Trafik

 
Blogger Templates