Social Icons

Pages

Sunday, May 17, 2009

Sifat-sifat Allah ta'ala

Apakah makna “ َاْلأَوَّلُ ” dan “ اَلْقَدِيْمُ” jika dinisbahkan kepada Allah ?

Makna َاْلأَوَّلُ ialah tiada permulaan bagi kewujudanNya (azali). Makna ini dikhususkan bagi Allah ta’ala sahaja kerana tiada sesuatu pun yang ada tanpa permulaan melainkan Allah ta’ala.


Firman Allah ta'ala:
هُوَ الأََوَّلُ وَ الآخِرُ " "

Maksudnya: “ Dialah yang awal dan yang akhir, iaitu wujudNya tidak ada permulaan dan tidak ada akhirnya".(surah Al-hadid: ayat 3)

Sifat Allah اَلْقَدِيْمُ pula memberi makna yang sama dengan makna َاْلأَوَّلُ iaitu sediakala tidak ada permulaan bagi kewujudanNya. Sifat اَلْقَدِيْمُ bagi Allah ta’ala telah disepakati oleh ijma’ ulamak sebagaimana yang dikatakan oleh Az-Zabidi dalam kitab syarah Ihya U’lumiddin.

Apakah makna اَلْحَيُّ jika dinisbahkan kepada Allah ta’ala ?

Makna اَلْحَيُّ ialah Allah ta’ala bersifat dengan sifat hidup yang tidak ada permulaan baginya, tidak mempunyai roh, daging, dan darah.

Firman Allah Ta'ala :

"اَلله ُلآإِلَهَ إِلاَّ هُو الْحَيُّ الْْقَيُّومُ"

Maksudnya: "Adalah Allah tiada tuhan yang melainkan Dia yang hidup lagi berkekalan".(surah Al-baqoroh : ayat 255)

FirmanNya lagi:
وَََتَوَكَّْلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوتُ" "

Maksudnya: “Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup kekal yang tidak mati” (Surah Al-Furqan:Ayat 57 )

Apakah makna’ اَلْقَيُّوْمُ’ bagi Allah ?

Sebahagian ulama mengatakan اَلْقَيُّوْمُ (yang berkekalan) bermakna الدائم (yang tidak binasa). Dan sebahagian mereka pula mengatakan bahawa ‘اَلْقَيُّوْمُ’ bererti ‘اَلْقَائِمُ بِنَفْسِهِ’ (yang tidak berhajat kepada yang lain).

Aِpakah makna ‘اَلدَّائِمُ’ bagi Allah ta’ala ?

Makna ‘اَلدَّائِمُ’ ialah Yang kekal tidak fana (binasa) kerana mustahil dari segi akal Allah ta’ala itu akan binasa. Kalimah ‘ اَلدَّائِمُ’ dengan makna ini hanyalah layak bagi Allah ta’ala sahaja, tiada sesuatu pun yang bersifat dengan sifat ini kecuali Allah ta’ala sahaja. Allah ta’ala itu kekal dengan sendiriNya tidak seperti syurga dan neraka, kerana keduanya kekal dengan kehendak Allah ta’ala.


Apakah makna ‘اَلْخَالِقُ’ ?

Makna ‘اَلْخَالِقُ’ ialah Yang Maha Pencipta segala sesuatu yang baru dalam erti kata yang lain ialah : " mencipta sesuatu yang asalnya tiada kepada ada." Sifat ini hanyalah dikhususkan bagi Allah ta’ala sahaja.

Firman Allah Ta'ala:
"هَلْ مِنْ خَالِق ٍغَيْرُ اللهِ"

Maksudnya: adakah ada pencipta selain Allah?. (surah fatir: ayat 3)

Ayat ini menunujukkan bahawa tidak ada pencipta selain Allah.

Apakah makna اَلرَّازِقُ yang layak bagi Allah ta’ala ?

Makna ‘اَلرَّازِقُ’ ialah Yang memberi rezeki kepada hambaNya. Rezeki memberi erti dalam bahasa arab ialah : " sesuatu yang memberi manfaat walaupun dari sumber yang haram."

Firman Allah Ta'ala:
َومَا مِنْ دَآبَّةٍ ِفى اْلأَرْضِ اِلاَّ عَلَى الله ِرِزْقُهَا

Maksudnya: “Dan tidak ada sesuatu yang melata dimuka bumi ini melainkan Allah yang memberi rezeki kepada mereka”. (Surah Hud:Ayat 6)

Apakah makna اَلْعَالِمُ yang layak bagi Allah ta’ala ?

Makna ‘ اَلْعَالِمُ’ ialah Allah ta'ala Maha Mengetahui dengan ilmuNya yang azali dan abadi, tidak menerima perubahan. Allah ta’ala Maha Mengetahui segala sesuatu samaada yang telah, sedang dan akan berlaku. Semuanya di bawah pengetahuan Allah ta’ala.

Firman Allah Ta'ala:

"وَعِندَهُ مَفاَ تِحُ الْغَيْب لاَ يَعْلَمُهَا ِإلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِى اْلبَرِّ وَ الْبَحِْر وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِى ظُلُمَا تِ اْلأَرْض ِوَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِى كِتَابٍ مُّبِيْنٌ"

Maksudnya: "Dan di sisi Allah segala perkara yang ghaib, tiada yang mengetahuinya kecuali Dia, dan Dia yang mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, tiada jatuh sebutir biji kecil dalam kegelapan bumi, tiada sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis didalam kitabNya yang nyata ( lauhul mahfuz )".(Surah Al-An'am:Ayat19)


Apakah makna ‘اَلْقَدِيْرُ’ ?

Makna اَلْقَدِيْرُ ialah Yang bersifat dengan qudrah (kekuasaan). Kekuasaan Allah ta’ala adalah azali (sediakala) lagi kekal. Dengan kekuasaanNya itu memberi kesan kepada makhlukNya. Qudrah Allah ta’ala tidak tertakluk kepada perkara yang wajib atau mustahil wujud.

Firman Allah Ta'ala:

"وَيَعْلَمُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى اْلأَرْضِ وَاللهُ عَلى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٍ"

Maksudnya: “ Dan Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi dan Allah Maha kuasa atas segala sesuatu".
( Surah Al-Imran : Ayat 29)

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates