Social Icons

Pages

Sunday, May 17, 2009

terangkan kelebihan ilmu tauhid?

Terangkan kelebihan ilmu tauhid?

Ilmu tauhid merupakan ilmu yang paling mulia berbanding dengan
ilmu-ilmu lain kerana ianya bersangkutan dengan semulia-mulia ilmu pengetahuan.Di dalamnya terkandung ilmu mengenali Allah ta'ala atas apa yang layak bagiNya, mengenali rasulNya, mensucikan Allah ta'ala dari sifat-sifat kekurangan yang tidak harus disandarkan kepadaNya dan membebaskan para nabi dari tuduhan-tuduhan yang tidak layak terhadap mereka. Ilmu tauhid lebih afdhal (baik) daripada ilmu yang bersangkutan dengan hukum-hakam.

Firman Allah :
"فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَإِلَهَ إِلاَّ الله ُوَاسْتَغْفِرْ لِذََنبِكَ"

Maksudnya : “ Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu ”(surah Muhammad: ayat19)

Kata Imam Abu Hanifah dalam kitabnya Fiqhul Absot :

" اِعْلَمْ أَنَّ الْفِقْهَ فِي الدِّينِ أَفْضَلُ مِنَ الْفِقْهِ فِي الأَحْكَام ِ "

Maknanya : “ Ketahuilah bahawa ilmu tauhid itu lebih baik dari ilmu yang berkaitan dengan ilmu hukum hakam.

Adakah disyaratkan untuk memeluk agama Islam dengan melafazkan lafaz ” أَشْهَدُ أَن لآإِلَهَ إِلاَّ الله ُوَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ ” semata-mata?

Tidak disyaratkan untuk memeluk agama Islam dengan melafazkan lafaz أَشْهَدُ أَن لآإِلَهَ إِلاَّ الله ُوَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ" " semata-mata bahkan lafaz yang memberi erti serupa dengannya seperti lafaz “لاَإِلَهَ إِلاَّالله ُمُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ الله“ atau “لاَرَبَّ إِلاَّ الله ُ,مُحَمَّدٌ نَبِيُّ الله“ ianya sudah memadai untuk memeluk agama Islam, akan tetapi lafaz أَشْهَدُ adalah lebih baik daripada yang lain kerana dari segi bahasa ia mengandungi makna penyaksian, keyakinan dan pengiktirafan. Oleh itu, lafaz tersebut memberi makna yang lebih kukuh dan sempurna berbanding kalimah yang lain.

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Follow by Email

Trafik

 
Blogger Templates