Social Icons

Pages

Monday, May 18, 2009

Perkara ghaib yang wajib kita percaya

Ceritakan tentang azab kubur ?

Menjadi kewajipan kita mempercayai kepada berita mengenai azab kubur. Orang-orang yang mukallaf jika mati dalam kekufurannya akan diazab didalam kubur. Diantara azab-azab kubur adalah seperti diperlihatkan api neraka padanya setiap hari dua kali, sekali pagi dan petang, disempitkan kuburnya sehingga berselisihan dua bahagian tulang rusuknya dan pukulan dari dua malaikat Munkar dan Nakir di bahagian antara dua telinga dengan pemukul besi, dan juga azab-azab yang lain.

Azab ini juga dikenakan ke atas sesetengah orang Islam yang melakukan maksiat jika mati tanpa bertaubat. Mereka ini diazab di dalam kubur dengan azab yang agak ringan berbanding azab orang kafir. Azab yang dikenakan ke atas mereka seperti kesempitan kubur, kegelisahan dari kegelapan dan kesepian kubur. Orang yang mengengkari azab kubur adalah kafir.

Firman Allah Ta’ala:

اَلنَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ

Maksudnya: Kepada mereka ditunjukkan neraka pada pagi dan petang ( di dalam kubur), dan pada hari kiamat nanti dikatakan kepada malaikat: “masukkanlah firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab yang sangat teruk”.(Surah Ghafir : Ayat 46 )

Sabda Rasulullah:

"إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ وَ تَوَلَّى عَنْهُ أَصْحَابُهُ إِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نَعَالِهِمْ إِذَا انْصَرَفُوا أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيُقْعِدَانِهِ فَيَقُولاَنِ : مَا كُنْتَ تَقُولُ فِى هَذَا الرَّجُلُ مُحَمَّدٌ؟ فَأَمَّا الْمُؤْمِنُ فَيَقُولُ: أَشْهَدُ أِنَّهُ عَبْدُ اللهُ وَرَسُولُهُ فَيُقَالُ لَهُ: أُنْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنَ النَّارِ أَبْدَلَكَ الله ُبِهِ مَقْعَدًا مِنَ الْجَنَّةِ فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا، وَأَمَّا الْكَافِرُ أَوِ الْمُنَافِقُ فَيَقُولُ: لاَ أَدْرِى كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ فِيْهِ، فَيُقَالُ: لاَدَرَيْتَ وَلاَ تَلَيْتَ، ثُمَّ يُضْرَبُ بِمَطْرَقَةٍ مِنْ حَدِيدٍ بَيْنَ أُذُنَيْهِ فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَن يَلِيهِ إِلاَّ الثَّقَلَيْنِ"

Maknanya: "Sesungguhnya seorang hamba itu apabila diletakkan ke dalam kubur dan sahabat-sahabatnya berpaling untuk pulang dia mendengar rentakan kasut mereka ketika mereka beredar, lalu datanglah dua malaikat mendudukinya lalu berkata: “apakah yang kamu katakan tentang lelaki yang bernama Muhammad”?. Maka orang yang beriman akan menjawab: “ aku naik saksi bahawa dia adalah hamba Allah dan rasulNya”, lalu dikatakan kepadanya: “ lihatlah tempat kamu di neraka sesungguhnya Allah telah gantikan untukmu tempat di dalam syurga”, maka dia pun melihat keduanya, adapun orang kafir atau munafik(munafik iman) dia akan berkata :“ aku tidak tahu, dulu aku hanya berkata apa yang dikatakan oleh manusia”, lalu dikatakan kepadanya :“ kamu tidak tahu apa-apa”, kemudian dia dipukul dengan tukul besi di bahagian antara dua telinganya lalu dia menjerit dengan jeritan yang kuat didengari oleh semua di sekitarnya kecuali jin dan manusia". (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim dari Anas dari Nabi Sallallahua'lahiwasallam)

Ceritakan tentang nikmat kubur ?

Kita wajib mempercayai nikmat kubur kerana perkara ini telah diceritakan oleh nabi. Diantara nikmat-nikmat kubur ialah diluaskan kubur seluas 70 hasta bagi orang-orang yang bertaqwa dan selainnya dari kalangan mereka yang dikehendaki oleh Allah ta’ala seperti sesetengah orang yang mati syahid walaupun ada melakukan sebahagian dosa.

Diantara nikmat-nikmat kubur juga ialah diterangkan kubur dengan cahaya seumpama cahaya bulan purnama dan dapat menghidu wangian syurga dan lain-lainnya lagi.


Sabda Rasulullah:

"إِذَا قُبِرَ الْمَيِّتُ أَوِ اْلإِنْسَانُ أَتَاهُ مَلَكَانِ أَسْوَدَانِ أَزْرَقَانِ يُقَالُ ِلأَحَدِهِمَا: مُنْكَرٌ وَلِلآخَرَ: نَكِيرٌ ، فَيَقُولاَنِ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِى هَذَا الرَّجُلِ مُحَمَّدٍ؟، فَهُوَ قَا ئِلٌ مَا كَانَ يَقُول. فَإِنْ كَانَ مُؤْمِنًا قَالَ: هُوَ عَبْدُ الله ُوَ رَسُولُهُ أَشْهَدُ أَن لاَّإِلَهَ إِلاَّ الله ُوَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، فَيَقُولاَنِ لَهُ: إَنْ كُنَّا لَنَعْلَمُ أَنَّكَ لَتَقُولُ ذَلِكَ، ثُمَّ يُفْسِحُ لَهُ فِى قَبْرِهِ سَبْعِيْنَ ذِرَاعًا فِى سَبْعِينَ ذِرَاعًا، وَ يُنَوَّرُ لَهُ فِيهِ، فَيُقَالُ لَهُ : نَمْ فَيَنَامُ كَنَوْمِ الْعَرُوسِ الَّذِى لاَ يُوقِظُهُ إِلاَّ أَحَبُّ أَهْلِهِ حَتَّى يَبْعَثَهُ الله مِن مَضْجَعِهِ ذَلِكَ"

Maknanya: " Apabila seorang itu dikebumikan maka datang kepadanya dua orang malaikat yang berwarna hitam kebiru-biruan, salah seorang bernama Munkar dan yang lainnya bernama Nakir maka malaikat itu pun bertanya: “ apakah yang kamu katakan tentang lelaki yang bernama Muhammad”?, maka dia pun berkata sepertimana yang dikatakan di dunia dulu, jika dia seorang yang beriman dia akan berkata: “ dia (Muhammad) adalah hamba Allah dan rasulNya: “aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh Allah”, maka dua malaikat itu tadi berkata: “ sesungguhnya kami tahu yang kamu akan berkata demikian”, kemudian diluaskan kuburnya seluas 70 hasta (tinggi dan lebar) dan diberikan cahaya didalam kuburnya maka dikatakan kepadanya:“tidurlah”, maka tidurlah dia seumpama pengantin yang tidak seorang pun dapat menyedarkannya selain kekasihnya, sehinggalah hari kebangkitan".
(Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban)

Terangkan tentang soalan dua para malaikat Munkar dan Nakir ?

Kita wajib percaya bahawa soalan malaikat Mungkar dan Nakir itu berlaku terhadap orang mukmin dan orang kafir daripada umat Muhammad. Orang mukmin yang beriman dengan iman yang sempurna tidak ada padanya ketakutan atau kebimbangan dari soalan kedua malaikat tersebut kerana Allah ta’ala telah menguatkankan hatinya maka dia tidak merasa gerun ketika berhadapan dengan malaikat. Dikecualikan dari soal kubur itu kanak-kanak, para syuhada dan begitu juga nabi-nabi. Yang dimaksudkan dengan kanak-kanak itu ialah mereka yang mati sebelum baligh, dan yang dimaksudkan dengan para syuhada itu adalah orang yang mati syahid dimedan peperangan.

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Follow by Email

Trafik

 
Blogger Templates