Social Icons

Pages

Monday, May 18, 2009

sifat Allah maha sempurna lagi layak baginya.

Allah ta’ala disifatkan dengan ‘اَلْكَمَالُ’ (kesempurnaan) yang layak baginya, kenapakah disini dikaitkan dengan kalimah ‘yang layak bagiNya’?

Kalimah ini dikaitkan dengan lafaz ) كَمَا يَلِيْقُ بِهِsepertimana yang layak bagiNya) kerana اَلْكَمَالُ (kesempurnaan) itu adalah sifat yang disandarkan pada Allah dan juga disandarkan kepada makhluk. Sebagaimana makhluk disifatkan dengan sifat اَلْعِلْمُ. (mengetahui). Tetapi ada sifat kesempurnaan itu hanya layak bagi makhluk sahaja dan tidak layak bagi Allah seperti sifat berakal (kerana akal itu dikhususkan untuk manusia, Allah ta’ala yang menciptakan akal dan Dia tidak sama dengan apa yang dicipta). Perlu diketahui bahawa di sana terdapat sifat yang menjadi pujian bagi Allah dan menjadi celaan pula jika disandarkan kepada manusia iaitu sifat ‘اَلْجَبَّارُ’ yang memberi erti Maha Perkasa (yang tidak berlaku sesuatu pada hak milikNya kecuali apa yang dikehendaki), sifat ini hanya layak bagi Allah kerana Dialah pemilik hakiki alam ini. Dia layak melakukan apa saja ke atas makhlukNya.

Terangkan tentang Maha Suci Allah ta’ala daripada sifat kekurangan dan kecacatan ?

Allah ta’ala bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna bagiNya dan Dia Maha Suci dari sifat kekurangan dan kecacatan seperti jahil, lemah, berhajat pada makhluk seperti bertempat atau berwarna, atau mempunyai had dan seumpamanya kerana semua itu adalah sifat kekurangan yang tidak layak sama sekali bagi Allah ta’ala.

Imam At-Tohawi ( daripada ulama salaf ) yang wafat pada 322H telah berkata:

"تَعَالىَ-الله ُ- عَنِ اْلحُدُودِ وَاْلغَايَاتِ وَ اْلأَرْكَانِ وَ اْلأَعْضَاءِ وَ اْلأَدَوَاتِ، لاَ تَحْوِيهِ اْلجِهَاتُ السِّتُ كَسَائِرِ اْلُمُبْتَدِعَاتِ"
Maknanya: "Maha Suci Allah dari batasan-batasan ( bentuk kecil mahupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, penjuru, anggota-anggota badan mahupun yang besar atau yang kecil. Dia tidak diliputi oleh satu arah penjuru dari arah penjuru yang enam ( atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang) tidak seperti makhlukNya yang diliputi oleh enam arah penjuru tersebut"

Kata-kata Imam At- Tohawi ini menunjukan bahawa Allah ta'ala itu tidak mempunyai had atau sudut yang mempunyai batasan, maka Allah ta'ala itu suci dari bersifat dengan sifat manusia seperti bersemayam atau duduk kerana yang bersemayam atau yang duduk sudah pasti berhajat kepada sesuatu sedangkan Allah ta’ala tidak berhajat kepada sesuatu. Dalam hal ini Imam Ali telah berkata:

"إِنَّ اللهَ خَلَقَ اْلعَرْشَ إِظْهَارًا لِقُدْرَتِهِ وَ لَمْ يَتَّخِذْهُ مَكَانًا لِذَاتِه"

Maknanya:"Sesungguhnya Allah menciptakan arasy itu untuk menunjukan kekuasaanNya bukan untuk menjadikan tempat bagi zatNya"

(riwayat Abu Mansur Al Baghdady dalam kitabnya Al Farqu Bainal Firoq selepas beliau menukilkan ijmak ulama dalam hal mensucikan Allah ta’ala dari bertempat dan berhad).

2 comments:

  1. Assalamu’alaikum Ustaz… Ada orang forward 1 email kpd saya, dan saya ambilkan salah satu ayat dlm email itu, ini ayatnya. “Hairan ya… bagaimana kita bisa lebih bimbang akan apa yang orang pikirkan tentang kita...daripada apa yang Allah fikirkan tentang kita”….Jadi saya reply balik kepada dia, dan saya cuba betulkan ayat itu…
    (Pembetulan isi kandungan ayat dalam reminder.pps di bawah yang saudari forward baru-baru ini......Apakah kesalahan di situ?...fikir, fikirkan atau berfikir, perkataan ini digunakan untuk makhluk seperti kita (manusia)..... Adapun Allah Ta'ala bukannya makhluk, Allah Ta'ala bersifat Khaliq (Pencipta), Dialah yang Mencipta Makhluk (Alam, haiwan, manusia, malaikat, semuanya, segala-segalanya tanpa terkecuali sejak azali lagi), apabila kita fikir bererti pada asalnya kita tak tahu kemudian tahu ini adalah sifat makhluk, bukankah Allah Ta'ala Mengetahui dari azali lagi, jadi ayat itu membawa maksud Allah sama seperti makhluk, jika kita samakan Allah seperti makhluk, maka jatuh kufur, nauzubillah...Untuk itu saya nasihatkan kepada diri saya, kepada saudari & semua sekali, baca dahulu dengan penuh teliti, fahami dahulu dengan teliti perkataannya, ayatnya, kefahamannya...... Jaga hati kita, tutur kata kita (lidah) & perbuatan kita, agar tidak terkena dengan perkara kekufuran, nauzubillah....) Jadi ustaz, betul ke pembetulan saya ni, bimbang gak mana tau takut-takut saya pun salah taip?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah atas nikmat iman yang di penuhi dengan ilmu pengetahuan, terima kasih hazamin atas jawapan yang diberikan degan begitu tepat.. mudah-mudahan memberi manfaat serta kesedaran pada semua..

    ReplyDelete

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates