Social Icons

Pages

Wednesday, May 6, 2009

Imam Syafie

Biodata Imam Syafie

Dia adalah Abu Abdillah, Muhammad Bin Idris Bin Al-Abbas Bin Osman Bin Syafiq’ Bin As-Saib Bin Ubaid Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutolib Bin Abdu Manaf, dia adalah berbangsa Arab Qurasyiy Hasyimiy Muttolibi, salasilahnya bertemu pada datuk Rasulullah iaitu Abdu Manaf.
Imam Syafie lahir di Ghazzah Tahun 150 Hijrah yaitu tahun yang sama dengan kematian Imam Abu Hanifah
Diriwayatkan daripada Yaqud Al-Hamwi daripada Imam Syafie beliau berkata ”aku dilahirkan di Yaman maka ketika itu ibuku takut di timpa kesempitan lalu dia membawaku ke Makkah ketika itu aku berumur 10 tahun lebih kurang” sebahagian pendapat menaytu padukan dengan berkata baha dia di lahir di Ghazzah dan meneruskan hidup di Asqolan iaitu sebuh negeri yang jauh dari Ghazzah sejauh 3 Farsakh yang turut menetap di sana qobilah Yaman.
Imam Syafie hidup dalam keluarga yang miskin, ayahnya meninggal ketika dia masih kecil kemudian ibunya berpindah ke Makkah semata-mata bagi menjaga kemuliaan pada keturunannya
Ibunya di gelar Fatimah Bin Abdullah Al-Azdiyah. Imam Syafie membesar dalam kesempitan hidup dan fakir sehingga terpaksa menggunakan sisa-sisa binatang seperti kulit dan tulang binatang untuk menulis pembelajaran yang di pelajari kerana ketidak mampuannya untuk membeli kertas.
Dia sudah menghafal Al-Quran sejak kecil lagi kemudian dia mula menghafal hadis-hadis nabi dan menulisnya. Dia pergi ke kawasan pendalam dan bergaul dengan Qobilah Huzzaiy selama 10 tahun untuk memperolehi ilmu kaedah Bahasa Arab dan kalimat-kalimatnya lalu beliau menghafal Syair-syair Huzzaiy dan cerita-ceritanya. Huzzaiy adalah seorang dari Qobilah arab yang fasih. Imam syafie turut belajar memanah sehinggakan pernah satu ketika dia memanah 10 sasaran dan tidak tersilap walaupun 1 panahan. Dia mengatakan pada demikian itu, “hobiku pada 2 pekara memanah dan berilmu pengetahuan maka jadilah aku seorang pemanah sehinggakan ke10 sasaran itu mengenai tepat pada sasarannya” lalu beliau terdiam maka sebahagian mereka yang mendengar percakapan tadi mengatakan kepadanya “demi Allah, engkau dalam ilmu pengetahuan jauh lebih hebat daripada kemahiran memanah

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates