Social Icons

Pages

Wednesday, May 6, 2009

Maksiat Hati

Di antara maksiat hati adalah:

Riya’ dalam beramal kebaikan, ertinya berbuat kebaikan kerana manusia , agar dapat pujian dari manusia, perbuatan riya’ sebegini dapat menghilangkan pahala kebaikan yang dilakukannya.
Ujub dalam berbuat ketaatan,ertinya menganggap bahawa ibadah yang dilakukan adalah hasil dari usahanya dan melupakan bahawa ia adalah kurniaan Allah.
Ragu terhadap kewujudan Allah
Merasa aman dari siksaan dan ancaman Allah
Putus asa dari rahmat Allah
Sombong kepada manusia,ertinya menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia lain
Dengki ertinya menyimpan rasa permusuhan yang disertai dengan usaha untuk mewujudkan kemudaratan kepada muslim lain
Iri hati ertinya membenci kenikmatan yang diraih oleh orang lain dan berusaha untuk melenyapkan nikmat tersebut
Mengungkit-ungkit sedekah
Terus-menerus dalam membuat dosa
Mendustakan qada’ dan qadar Allah
Gembira dengan maksiat yang dikerjakan diri sendiri ataupun orang lain
Mengkhianati orang lain sama ada orang itu muslim atau kafir
Membuat perancangan jahat
Membenci sahabat-sahabat Rasulullah,keluarganya dan orang-orang yang soleh
Bakhil dalam hal yang ditetapkan oleh Allah
Meremehkan sesuatu yang diagungkan oleh Allah
Meremehkan ancaman yang dijanjikan oleh al-Quran,ilmu agama,syurga dan neraka

No comments:

Post a Comment

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates