Social Icons

Pages

Monday, May 18, 2009

Apakah Makna syahadah kedua secara ijmali

Apakah makna kalimah syahadah :أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ الله

Maknanya: Aku mengakui dengan lidahku dan berpegang dengan hatiku bahawa nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah yang diutus kepada sekalian alam (jin dan manusia) yang bersifat benar pada semua pengkhabaran yang disampaikannya daripada Allah ta^ala supaya mereka beriman dengan syariatnya dan menjadi pengikutnya.

Firman Allah Ta’ala:
تَبَارَكَ الَّذِي نَزَلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا

Maksudnya: "Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al furqan (Al quran) kepada hambaNya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (jin dan manusia)".(Surah Al-Furqan : Ayat 1)

Sebutkan sebahagian daripada nasab (biografi) nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasalam, dan dimanakah beliau lahir dan dikebumikan?

Baginda adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttolib bin Hasyim bin Abdu Manaf Al qurasyi sallallahu’alaihiwasalam, dilahirkan di Makkah pada bulan Rabi’ulawal di tahun Gajah. Wahyu yang pertama diturunkan di Makkah ketika baginda berumur 40 tahun. Baginda berhijrah ke Madinah setelah 13 tahun wahyu turun di Makkah dan menetap di sana selama 10 tahun hingga kewafatannya. Baginda wafat di Madinah Munawwarah di dalam bilik Saidatina Aisyah dan dikebumikan di situ.

Terangkan perkara yang terkandung di dalam kalimah syahadah yang kedua: dan dia (Muhammad) membenarkan semua yang telah diwahyukan oleh Allah untuk disampaikan.

Wajib beriktiqad sesungguhnya nabi Muhammad menyampaikan semua yang telah diwahyukan kepadanya dari Allah, samaada ianya tentang cerita umat-umat, nabi-nabi, kejadian pertama atau apa yang diwahyukan tentang tentang dunia dan akhirat, atau sebahagian apa yang bersangkutan dengan halal dan haram yang berkaitan dengan perbuatan, percakapan hamba.
Firman Allah ta’ala:
"وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى"

Maksudnya:"Dan tiadalah yang diucapkannya itu dengan hawa nafsu melainkan hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya"
(Surah An-Najmi : Ayat 4).

2 comments:

  1. good info.
    by the way,could you please disable those embedded music player>? it's kind of disturbing while we're trying to dissect the information given in your humble blogs.....

    Cheers!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    di sini sy ingin bertanya.
    saya ada masaalah haid.
    bulan ini haid saya tak seperti bulan biasa.
    kali ni datang lebih dari 20 hari tapi dgn kadar yg sedikit.ini menyukarkan kan saya untk sembahyang atau mengantikn puasa..soalan saya disini.adakah saya dikira masih dalam haid.tolong ustaz terangkan kepada sya.

    ReplyDelete

>

Komen Terkini

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog
 

Posts & Comments

get this

Trafik

 
Blogger Templates